Ahad, 30 November 2008

Pinjaman Semula Hartanah - Refinance



Pada masa ini pihak bank menawarkan pelbagai pakej yang menarik untuk tujuan pinjaman semula atau refinance rumah anda sehingga ada yang menawarkan kadar faedah/keuntungan yang rendah di samping percuma bayaran guaman dan lain-lain.

Refinance juga membolehkan anda mengurangkan bayaran bulanan kerana pada masa ini pihak bank menawarkan kadar faedah/keuntungan yang lebih rendah. Anda juga boleh menyelesaikan masalah kewangan anda atau menambah modal serta simpanan anda dengan refinance rumah anda. Kebiasaannya pihak bank akan mendapatkan nilai pasaran terkini untuk hartanah anda dan daripada nilai tersebut anda akan mendapat margin pinjaman sehingga 90% atau lebih. Bayangkan sekiranya rumah yang anda tinggal sekarang bernilai RM100,000 sedangkan anda membelinya 3 tahun dulu pada harga RM80,000 melalui pinjaman bank sebanyak RM72,000 dan bayaran bulanan RM460 sebulan untuk tempoh 30 tahun, maka sekarang anda boleh refinance rumah anda sebanyak RM90,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM520 untuk tempoh 27 tahun. Katakan baki pinjaman anda sekarang RM70,000 maka anda akan mendapat lebihan tunai sebanyak RM20,000. Dengan hanya menambah RM60 sebulan untuk tempoh yang sama anda mempunyai lebihan untuk kegunaan sendiri atau untuk simpanan di kala perlu. Itu sekiranya anda perlukan duit, tapi bagaimana kalau anda hanya refinance rumah anda dengan hanya mengambil jumlah baki hutang terkini saja, sudah tentu ia dapat menjimatkan wang anda sebanyak RM50 sebulan untuk tempoh yang sama. Fikirlah yang mana anda perlu..

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk tujuan pinjaman semula rumah anda, hubungilah kami kerana kami sedia membantu anda untuk mendapatkan pakej pinjaman yang terbaik untuk anda dengan caj perkhidmatan yang munasabah.

CARI RUMAH


Memiliki rumah idaman adalah impian setiap individu tidak kiralah yang sudah berkahwin atau belum. Sesungguhnya memiliki rumah akan menjadikan kita lebih bertanggungjawab. Tahukah kita bahawa memiliki rumah sendiri bukanlah sesuatu yang susah atau payah, ianya begitu mudah kalau kita mengikut tata-tertibnya. Sekiranya kita ingin membeli rumah idaman kita melalui pemaju hartanah maka urusan pemilikan kita akan menjadi mudah dengan bantuan daripada jurujual syarikat hartanah. Namun tidak semua jurujual dapat membantu kita maka terpaksalah kita meredahnya sendiri untuk urusan pembelian rumah idaman kita.

Jika kita ingin membeli rumah daripada agen atau broker, maka kita hendaklah pastikan agen atau broker tersebut bertanggungjawab seperti amanah dan sedia membantu.


Di Prospek Idaman kami menawarkan khidmat mencari rumah untuk anda. Apa yang penting kami dapat membantu anda memiliki rumah idaman dengan cara yang betul dan mudah. Kami akan tunjukkan kepada anda cara-cara memiliki hartanah sendiri dan tata tertib dalam proses pembelian atau penjualan hartanah. Sekiranya anda sedang mencari rumah atau anda sedang berfikir bagaimana untuk menjual hartanah anda, e-mail kepada kami maklumat anda dan terangkan serba sedikit keperluaan anda, Insya-Allah kami akan cuba membantu anda...